Wednesday, December 15, 2010

Malaysia confident of 7% economic growth

Malaysia confident of 7% economic growth

PM kaji permintaan Nafas beli saham Bernas

Najib Tun Razak menyampaikan Anugerah Perdana Yayasan Pelajaran Peladang kepada Noor Nabila Mukhtar di Hotel Legend, Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan ialah Abdul Rashid Abdul Rahman.



--------------------------------------------------------------------------------







KUALA LUMPUR 14 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau akan berbincang dengan Unit Perancang Ekonomi (EPU) bagi mengkaji permintaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) untuk mengambilalih saham EPU sebanyak 1.4 juta unit dalam Padiberas Nasional Berhad (Bernas).



Perdana Menteri berkata, pada dasarnya, beliau tidak mempunyai masalah agar unit saham untuk peruntukan bumiputera yang dipegang EPU itu diambil alih oleh Nafas.



Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat agung kali ke-37 Nafas di sini malam ini. Hadir sama, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dan Pengerusi Nafas, Tan Sri Abdul Rashid Abd. Rahman.



Permintaan pemilikan unit saham itu disuarakan oleh Abdul Rashid semasa ucapan aluannya di majlis perasmian berkenaan. EPU telah membeli saham Bernas peruntukan bumiputera yang tidak terjual diawal pelancarannya.



Mengulas lanjut, Najib berkata, pemilikan unit saham itu diharap akan dapat membantu Nafas melaksanakan pembangunan berskala besar dalam memajukan bidang pertanian di negara ini.



Dalam perkembangan berkaitan, beliau mengharapkan Nafas agar membangunkan pertanian yang memiliki nilai tinggi dalam menghadapi cabaran global masa kini.



Katanya, ia selaras dengan keputusan kerajaan memperkenalkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang antara lain memuatkan pertanian sebagai salah satu daripada 12 cabang Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).



"Antara sebab kita masukkan pertanian dalam ETP adalah berikutan perkembangan dunia kebelakangan ini yang berhadapan dengan fenomena kepanasan global dan perubahan iklim.



"Kesan negatif fenomena itu sudah pastilah membawa kepada malapetaka seperti banjir besar dan kemarau. Ia memberi kesan kepada pengeluaran pertanian.



"Jika berterusan, sudah tentu berlaku kekurangan bekalan makanan," ujarnya sambil menambah negara perlu membuat persediaan agar rakyat tidak diancam dengan masalah itu. Atas dasar itu, jelasnya, bidang pertanian tidak boleh dipinggirkan dan Nafas antara pertubuhan yang boleh memainkan peranan supaya pertanian dapat diurus dengan baik.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1215&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri