Monday, August 16, 2010

Khazanah kuasai lebih 95% kepentingan dalam Parkway

17/08/2010 11:30am





KUALA LUMPUR 17 Ogos – Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) melalui Integrated Healthcare kini menguasai lebih 95 peratus kepentingan dalam Parkway Holdings.



Khazanah pada Mei lalu, menawarkan untuk mengambil alih 51 peratus ekuiti kepentingan dalam Parkway milik Singapura pada harga RM2.78 bilion (S$1.18 bilion).



Pada masa itu, Integrated Healthcare hanya menguasai 23.9 peratus kepentingan dalam Parkway yang mengendalikan sebanyak 16 buah hospital di Asia dan kejayaan dalam penguasaan itu akan merealisasikan usaha Khazanah menjadi pemain utama di peringkat serantau. – Utusan

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0817&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_05.htm

No comments: