Monday, March 15, 2010

Model Ekonomi Baru

Model Ekonomi Baru(MEB) yang bakal diumumkan dalam jangka masa terdekat ini adalah merupakan dasar kerajaan yang merupakan kesinambungan daripada Dasar Ekonomi Baru(DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional(DPN). DEB lahir semasa pemerintahan Allayarham Tun Abdul Razak, kemudiannya diperbaharui oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dengan DPN dan Wawasan 2020.Semasa pentadbiran Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, beliau hanya meneruskan kesinambungan dengan cara beliau tersendiri walaupun tidak begitu disenangi oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dan sebilangan akar umbi rakyat dan ahli UMNO.

Pengenalan MEB merupakan langkah tepat dimana rakyat makin kelihatan dahagakan kerancakan kegiatan ekonomi , seperti mana yang pernah dialami pada zaman Tun Dr Mahathir. DEB seperti yang dikenali diwujudkan dengan serampang dua mata iaitu menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan. Saya berpendapat MEB juga perlu serampang baru yang menggariskan beberapa cabaran utama ,iaitu:

1. Memperkasakan perhubungan erat diantara pelbagai kaum.
2. Membasmi Kemiskinan. Sumber pengagihan zakat perlu diperkemaskan.
3.Meningkatkan pendapatan rakyat.
4. Menghormati Perlembagaan sedia ada di mana Islam sebagai agama rasmi tidak perlu dicabar.
5. Memperkemaskan sistem pengagihan kekayaan dan peluang. Ini berlaku kerana hanya beberapa individu tertentu yang berjaya dalam perniagaan dan mereka seolah-olah memonopoli peluang perniagaan di dalam negara. Ini secara tidak langsung menidakkan peluang kaum-kaum mereka yang lain.Hal ini seolah-olah berlaku terhadap semua kaum di Malaysia.
6. Mengelakkan sumber-sumber dalaman mengalir keluar terutama syarikat-syarikat yang lebih cenderung melabur di luar negara. Pelaburan luar negara perlu dijana melalui sumber-sumber luaran.
7. Mengurangkan kos perniagaan tanpa mengganggu peluang pekerjaan. Sebagai contoh, kos perniagaan dapat dikurangkan dengan inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan yang bakal dilancarkan pada 24 Mac 2010 bersama TM.
8. Sistem pendidikan yang perlu dirombak agar tidak memisahkan ilmu akhirat dan keduniaan. Sebagai contoh , kita mahu graduan dari sekolah pondok juga boleh berkomunikasi dalam bahasa inggeris selain daripada bahasa arab, boleh menjadi peguam, akauntan, jurutera ,doktor dan sebagainya.Atau dengan bahasa lain, kita mahu melahirkan sumber manusia yang "versatile" dan serba boleh serta berinovasi.

Bersambung.......

1 comment:

Bancik said...

Artikel ini ditulis oleh penulis berdasarkan fakta dan idea yang ada ditangan beliau. Sebarang maklumbalas atas kekhilafan(jika ada) amat amat dialu-alukan.