Monday, June 7, 2010

Menguruskan Negara Tak Sama Dengan Menguruskan Syarikat

Terdapat desakan agar kerajaan segera menarik atau mengurangkan subsidi. Ini deperkuatkan dengan alasan bahawa negara akan muflis kiranya pemberian subsidi diteruskan di negara ini. Gesaan ini mendatangkan kritik keras daripada pelbagai pihak, antaranya pihak-pihak yang pernah turut sama menerajui badan-badan penting seperti Datuk Salleh Majid di Mingguan Malaysia pada dua minggu yang lepas serta ulasan timbalan menteri kewangan dan lain-lain.

Isu ini timbul daripada kenyataan menteri tertentu yang memantau prestasi indek kebangsaan. Ianya disokong dengan hujah daripada pakar-pakar ekonomi yang menerajui institusi tertentu di Malaysia. Tetapi mereka lupakah prinsip analisa "Political", "Economy", "Social" dan "Technology" dalam merangka kenyataan mereka? Apakah mereka lupa bahawa kerajaan Barisan Nasional(BN) sekarang sedang berhempas pulas menarik sokongan rakyat sedangkankenyataan mereka sedikit sebanyak meranapkan keyakinan rakyat terhadap BN.Contoh terbaik ialah dasar-dasar yang dibuat oleh kerajaan BN telah ditolak oleh rakyat pada pilihanraya yang lepas. Ungkapan yang menyakitkan hati semasa itu dipihak kerajaan ialah"Subsidi membebankan kerajaan". Natijahnya ialah rata-rata rakyat mula bersuara, kalau tak nak dibebankan, jangan jadi kerajaan dan berikan sahaja kepada pihak lain.

Jika pengaliran wang keluar dapat dikawal, pemberian subsidi tak akan menjadi beban sekiranya wang masih berlegar dilingkungan ekonomi yang sama.Kiranya subsidi diberi, ianya membantu mencapai sasaran menjadikan rakyat berpendapatan tinggi seperti yang disasarkan dalam Model Ekonomi Baru, dan kerajaan boleh mengutip cukai. Kiranya subsidi dipotong, maka ianya akan menzahirkan kerajaan berpendapatan tinggi tetapi rakyat berpendapatan rendah. Ini adalah dua pilihan yang ada pada pentadbiran Dato' Seri Najib sekarang.Apakah kerajaan akan memilih pilihan kedua? Jika itu yang dipilih, apalah gunanya kalau ianya menguntungkan pembangkang.

Pihak yang mencadang agar subsidi dikurangkan telah mengadakan bancian secara online dan mereka telah mendakwa majoriti daripada responden yang terlibat menyokong agar subsidi ditarik balik. Bagi saya adalah amat dangkal jika kita merujuk kepada survey di internet yang telah menyediakan jawatan secara diskriptif semata-mata dan para rseponden tidak mempunyai pilihan terhadap option jawapan yang disediakan.

Apakah kita lupa bahawa di pihak pembangkang, yang mana ada pihak yang diupah berjuta-juta Ringgit bagi menjalankan propaganda politik mereka? Memang benar kata Tun Dr Mahathir bahawa Melayu mudah lupa.

No comments: